BAGAIMANA KITA BOLEH BERFIKIR?
Semasa berfikir, otak bertindak dengan usaha untuk memahami ransangan luar yang diterima oleh deria. selepas itu,otak menukar ransangan ke dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.

WUJUDNYA PEMIKIRAN....
Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental murid-murid, merupakan satu aktiviti mental dalam proses penyelesaian masalah. yang mana merupakan keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran berfikiran.


PROSES PEMIKIRAN
Berlaku satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan bahagian kiri berfikir secara kritis. sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar.

rujukan:
1.Buku Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah - Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh
ii. http://www.simplypsychology.pwp.blueyonder.co.uk/Self_Concept.pdf
iii.http://www.geocities.com/yanpiaw/p3.htm

JENIS- JENIS PEMIKIRAN

1. PEMIKIRAN MENDATAR

Pemikiran mendatar juga dikenali sebagai " Lateral Thinking" yang diperkenalkan oleh Dr Edward De Bono. Menurut Dr Edward De Bono ,Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.
Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.


Maklumat Lanjut:
http://www.angelfire.com/on4/saifulazrul/PemikiranLateral.html


PEMIKIRAN MENEGAK
Ianya dikenali sebagai " Vertical Thinking" yang menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. kebanyakan manusia menggunakan pemikiran menegak hasil daripada pendidikan formal mereka. oleh itu, pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.




0 comments:

Powered By Blogger

About this blog

Followers

About Me

My photo
SENSE OF HEART AND MINDS BECOME INSPIRATION. WITHOUT INSPIRATION,BECOME CONFUSES OF JOUNEY IN LIFE. PLEASE COMMENTS AND CONTACT ME AT :jesciajelicachulo0@gmail.com

Search This Blog