VERSI BAHASA MELAYU

1.SEJARAH PERKEMBANGAN BIDANG AUSTISME

Bidang Autisme terus berkembang sejak Kanner (1943-1985) mengesan sebelas murid pertama menghadapi autisme. Penyelidik dan teori terawal mengenai autisme perlu juga dirujuk. Evolusi kefahaman penyebab biologikal autisme ditentukan melalui kajian seterusnya dan terkini. Terdapat 2.6% kanak-kanak berkeperluan khas di US adalah autisme (Department of Education, 2002).

2. AUTISME
Pengertian

Istilah autisme berasal dari kata “Autos” yang berarti diri sendiri “Isme” yang bererti suatu aliran. Bererti suatu kefahaman yang tertarik hanya pada dunianya sendiri. autisme adalah suatu keadaan dimana kanak-kanak membuat sesuatu berdasakan kemahuannya sendiri, sama ada cara berfikir ataupun melalui kelakuan. Keadaan ini biasanya mulai terjadi sejak usia masih muda, biasanya sekitar usia 2-3 tahun.

Autisma merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak autisma akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan pekara diluar jangkaan kita. Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainan dan menguis permainan tersebut sehingga hancur atau rosak.

Tanda-tanda lain yang ada pada pengidap Autisme
1. tidak boleh menguasai atau sangat lambat dalam penguasaan bahasa sehari-hari
2. hanya boleh mengulangi beberapa perkataan sahaja
3. mata yang tidak jernih atau tidak bersinar
4. tidak suka atau tidak mahu melihat mata orang lain
5. hanya suka mainannya sendiri (kebanyakan hanya satu mainan itu saja yang dia mainkan)
6. tidak suka berbual dengan orang lain.



Banyak faktor boleh mempengaruhi proses pembelajaran individu autisme iaitu:

a. Sejarah pendidikan — Rawatan dan pendidikan awal dapat memberi kesan lebih baik. Ia membolehkan kanak-kanak autistik berdikari seperti kanak-kanak lain. Bahkan sokongan dan kaedah penjagaan di rumah juga memberi pengaruh besar kepada perkembangan individu ini.
b.Keadaan persekitaran — Bunyi, bau dan suasana yang tidak selesa mengganggu proses pembelajaran. Akibatnya mereka sukar menerima apa yang diajar.
Perangai atau tabiat.

c. Darjah atau tahap autisme — sebahagian besar individu autisme ada masalah terencat akal. Jadi pencapaian setiap orang berbeza. Ada yang boleh berdikari, tetapi ramai juga memerlukan bantuan sepanjang hayat.


3.PUNCA-PUNCA AUTISME

Penyebab Autisme Penyebab Autisme sampai sekarang belum dapat ditemukan dengan pasti. Banyak sekali pendapat yang bertentangan antara ahli yang satu dengan yang lainnya mengenai hal ini. Ada pendapat yang mengatakan bahwa terlalu banyak vaksin Hepatitis B yang termasuk dalam MMR (Mumps, Measles dan Rubella )bisa berakibat anak mengidap penyakit autisme.

Hal ini dikarenakan vaksin ini mengandung zat pengawet Thimerosal, yang terdiri dari Etilmerkuri yang menjadi penyebab utama sindrom Autisme Spectrum Disorder. Tapi hal ini masih diperdebatkan oleh para ahli. Hal ini berdebatkan karena tidak adanya bukti yang kuat bahwa imunisasi ini penyebab dari autisme, tetapi imunisasi ini diperkirakan ada hubungannya dengan Autisme. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ).

GENETIK

Kajian anak kembar, ‘Twin Studies’ yang dijalankan oleh para saintis menunjukkan 90% daripada kes autistik yang dilaporkan berpunca daripada faktor genetik. Kajian ini menunjukkan bahawa anak autistik daripada kembar monozigotik memperlihatkan peratusan autisme yang tinggi, iaitu 70 peratus manakala peratusan autisme untuk anak kembar dizygotic adalah – 0 (Folstein & Rosen, 2001).

Kerosakan yang terdapat didalam kromosom anak-anak autistik, antaranya adalah:
1.Gene deletion
2. Gene duplication
3. Gene inversion


TERATOGEN

Teratogen adalah agen atau bahan yang akan menyebabkan kecacatan bayi di dalam kandungan ibunya.Teratogen memberi kesan buruk terhadap kandungan pada 8 minggu pertama kehamilan.
Diantaranya ialah :
1. Thalidomide
2. Asid Valproik
3. Misoprostol
4. Jangkitan Rubella pada ibu

KECACATAN STRUKTUR OTAK

Pengimejan neuro menyediakan bukti ketidakfungsian pada serebellum, sistem limbik, dan kemungkinan pada temporal lobe dan korteks individu dengan autisme. (Mesibov et.al., 1997).

FAKTOR PERSEKITARAN DAN AUTOIMUNE

Peningkatan jumlah masalah autoimune menyarankan dalam keluarga tertentu menghadapi masalah atusime, ketidakfungsian immune, kemungkinan berinteraksi dengan faktor persekitaran yang menyebabkan autisme. Juga dikaitkan dengan alergi atau alahan makanan, terutamanya susu, gandum, dan ragi (yeast) dan ada yang menunjukkan gejala autisme selepas memakan makanan alahan berkenaan. Kekurangan vitamin juga ada dicadangkan, terutama B6 (Rimland, 1988). Vitamin B6 dan magnesium boleh meningkatkan metabolisme kanak-kanak dengan autisme dan mengekalkan aktiviti gelombang otak.


FAKTOR BIOLOGIKAL

Kanner (1943) mengatakan autisme berpunca daripada faktor biologikal. Beberapa faktor telah dikaitkan dengan kecelaruan autistik termasuk German measles, hypsarrhythmia, cytomegalovirus dan kesukaran bersalin.




LAIN-LAIN

Beberapa faktor telah dikaitkan dengan kecelaruan autistik termasuk German measles, hyperarrhythmia, cytomegalovirus dan kesukaran bersalin. Kanner pada peringkat awal mempertimbangkan adanya pengaruh psikogenik sebagai penyebab autisme: ibu bapa yang obsessif dan kurang emosional yang mengasuh anak mereka dalam persekitaran dingin. Penyebab lain mengatakan adanya trauma pada anak yang disebabkan oleh hostility yang tidak disedari oleh ibu bapa.



4. TEORI BERKAITAN AUTISME

Teori Psikogenik

Di kalangan ahli terapi Freudian memperkenalkan teori psikogenik berhubung autisme, dan kebanyakan penyelidik pada peringkat awalnya memfokus kepada kelemahan didikan ibubapa sebagai penyebab autisme. Mereka mempercayai sekiranya hubungan pertalian antara ibubapa dan anak tidak dilahirkan di peringkat awal lagi mereka tidak mampu berinteraksi dengan orang lain kelak.

Teori Organik

1940an dan 1950an, Loretta Bender dan penyelidik lain mencadangkan autisme mungkin berasaskan organik dan tingkah laku ibu ialah reaksi kepada keadaan kanak-kanak tersebut (Rutter, 1978). Dokumentasi tahun 1960an mencatatkan ramai yang menghadapi serangan sawan sebagai bukti hubungkait autisme dengan organik. Organik tidak lagi dipersoalkan apabila dikaitkan pula dengan kerencatan mental (Volkmar & Pauls, 2003).

Teori Tingkah Laku

Fester salah seorang ahli psikologi tingkah laku yg pertama mencadangkan autisme ditentukan oleh persekitaran (LaVigna, 1985). Ahli psikologi mempercayai bahawa kanak-kanak autistik tidak dibentuk oleh ibubapa cara yang betul. Fester dan pengikutnya memperkenalkan Analisis Tingkah Laku Gunaan ABA (Applied Behavior Analysis). Hasil kerja Ivar Lovaas (1993) iaitu modifikasi tingkahlaku, berkembang dari hasil usaha Fester.



VERSI BAHASA INGGERIS

AUTISTIC SAVANTS

"Autistic savant" refers to individuals with autism who have extraordinary skills not exhibited by most persons. The estimated prevalence of savant abilities in autism is 10%, whereas the prevalence in the non-autistic population, including those with mental retardation, is less than 1%.

Savant skills occur within a narrow but constant range of human mental functions, generally in six areas: calendar calculating; lightening calculating & mathematical ability; art (drawing or sculpting); music (usually piano with perfect pitch); mechanical abilities; and spatial skills. In some instances unusual language abilities have been reported but those are rare.

Other skills much less frequently reported include map memorizing, visual measurement, extrasensory perception, unusual sensory discrimination such as enhanced sense of touch & smell, and perfect appreciation passing time without knowledge of a clock face. The most common savant skill is musical ability. A regularly reoccurring triad of musical genius, blindness and autism is particularly striking in the world literature on this topic.

WEBSITE

Wisconsin Medical Society

http://www.bol.ucla.edu/~changc/index.html

0 comments:

Powered By Blogger

About this blog

Followers

About Me

My photo
SENSE OF HEART AND MINDS BECOME INSPIRATION. WITHOUT INSPIRATION,BECOME CONFUSES OF JOUNEY IN LIFE. PLEASE COMMENTS AND CONTACT ME AT :jesciajelicachulo0@gmail.com

Search This Blog